Wednesday, November 13, 2019
updated 3:05 PM UTC, Nov 13, 2019

Apple Daftarkan Nama Domain Kereta, Termasuk "apple.car"

 

Apple Inc telah mendaftarkan nama domain yang berkaitan dengan kereta, menambah kepada spekulasi mengenai rancangan syarikat itu untuk membangunkan sebuah kereta menurut beberapa media berita teknologi.

Pembuat iPhone itu mendaftarkan nama domain, termasuk apple.car, apple.cars dan apple.auto pada bulan Disember, mengikut domain penyedia maklumat ¨Who.is.¨

Media teknologi, MacRumors melaporkan berita itu pada hari Jumaat, tetapi berkata nama-nama domain boleh dikaitkan dengan ¨Apple CarPlay, satu perisian aotumobil yang membolehkan pemandu akses perisian pada iPhone mereka, saperti membuat panggilan atau mendengar mel suara tsemasa memandu.

Walaupun Apple Inc. tidak pernah secara terbuka mengakui bahawa syarikat ingin rancangan membina sebuah kereta, Apple telah secara agresif merekrut pakar-pakar industri automobil dari syarikat-syarikat seperti Ford atau Mercedes-Benz.

Teknologi kereta kini telah menjadi tumpuan utama menarik bagi syarikat-syarikat Silicon Valley termasuk Google Inc, yang telah membangunkan kereta prototaip yang memandu sendiri

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 360