Friday, April 27, 2018
vital-top
updated 4:13 AM UTC, Apr 27, 2018

Zuckerberg Di Jerman - Tiada Tempat Untuk Ucapan Benci Di Laman Facebook

 

Berlin - Mark Zuckerberg mengakui bahawa Facebook tidak melakukan secukupnya mengenai ucapan kebencian di laman media sosial Facebook di Jerman, tetapi berkata ia telah mengambil tindakan selanjutnya setelah mendengar mesej "kuat dan jelas."

Pihak berkuasa Jerman,yang khuatir tentang pelbagai kemungkinan ukapan atau ucapan benci yang disiarkan di Facebook dan sosial media yang lain apabila negara Jerman sedang  menghadapi kemasukan ratusan ribu pendatang, telah menyarankan pihak laman media sosial bagi bulan untuk bertindak.

Ketua Pegawai Eksekutif Facebook bercakap secara peribadi tentang isu ini pada bulan September dengan Canselor Jerman Angela Merkel, dan telah bertemu Ketua Pegawai Kakitangan semasa lawatannya ke Jerman minggu ini. Mesyuarat bersama Merkel "benar-benar membuka mata kita tentang apa yang perlu lakukan di negara ini," katanya semasa hadir di satu majlis dewan bandar di Berlin.

"Ucapan benci tidak mempunyai tempat di laman Facebook dan dalam masyarakat kita," katanya. "Sehingga ini di Jerman, saya rasa kita belum lakukan kerja yang baik. Dan saya fikir kita perlu teruskan untuk melakukan kerja yang lebih baik dan lagi baik."

Zuckerberg merujuk kepada usaha, termasuk mengadakan satu pasukan untuk bekerjasama dengan polis untuk memerangi ucapan benci di Facebook.

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 397