Tuesday, 29 September 2020

updated 5:49 AM UTC, Sep 29, 2020

Linkedln Sahkan Pencerobohan 2012 Bocorkan 117 Juta Butiran Kata Laluan Pengguna

New York - Syarikat applikasi LinkedIn berkata bahawa pencerobohan pada 2012 telah menyebabkan lebih daripada 100 juta kata laluan penggunanya dibocorkan.

Applikasi rangkaian sosial perniagaan berkata ia percaya bahawa tuntutan penggodam mengatakan bahawa 117 juta e-mel pengguna dan kata laluan telah dicuri daripada pelanggaran itu adalah benar, iaitu lebih daripada 6.5 juta butiran kata laluan pengguna yang syarikat itu asalnya berkata telah dikompromi.

Pada tahun 2012, sebanyak 6.5 juta kata laluan yang telah ditetapkan semula dan syarikat itu menasihatkan seluruh pengguna untuk menukar kata laluan mereka juga.

Penggodam itu, dengan nama, "Peace," cuba untuk menjual kata laluan itu di web gelap untuk sebanyak 5 Bitcoin, atau kira-kira $ 2,200, menurut laporan Forbes.

LinkedIn Corp., yang ada 400 juta ahli di 200 buah negara dan wilayah di seluruh dunia, menekankan bahawa setakay ini tidak ada tanda-tanda pelanggaran data baru.(AP)

 

 

  • Ditulis oleh BeritaRTM
  • Kategori: Teknologi
  • Jumlah paparan: 447