Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Sarawak Pay Dilancar Untuk Perkasa Agenda Ekonomi Digital

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg melancarkan Sarawak Pay, satu penyelesaian pembayaran mudah alih tanpa perlu membayar tunai yang dilaksanakan kerajaan Sarawak untuk memperkasa agenda ekonomi digital Sarawak.

Penyelesaian itu membolehkan pembayaran dilakukan melalui aplikasi e-wallet, kad kredit atau perbankan Internet.

E-wallet, dilesenkan di bawah Payment Galaxy Wallet dan ditadbir oleh Bank Negara Malaysia bukan sahaja e-wallet pertama di negeri Sarawak tetapi juga aplikasi pertama yang dilaksanakan di negara ini oleh kerajaan negeri.

Beliau ditemui pada majlis pelancaran di lobi Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Baki e-wallet Sarawak Pay boleh ditambah semula menerusi perbankan Internet atau kad kredit.

 

Sumber : BERNAMA

  • Jumlah paparan: 27