Tuesday, 18 January 2022

updated 3:46 AM UTC, Jan 18, 2022

Media diseru bersama jayakan konsep Keluarga Malaysia

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 1 Disember - Media diseru bersama menjayakan konsep Keluarga Malaysia yang telah diperkenalkan dalam pentadbiran kerajaan hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, media tradisional masih relevan meskipun diasak dengan kehadiran media baharu.

Beliau bercakap dalam Majlis Malam Wartawan Malaysia 2021 di Kuala Lumpur.

Dalam majlis yang sama, RTM telah mendapat tempat kedua dalam kategori Laporan Radio Terbaik yang disediakan oleh Nurul Asiah Bidin dan Siti Safura Draoh yang bertajuk AIDS : Solidariti Sejagat, Tanggungjawab Bersama.

Pemenang menerima wang tunai bernilai RM1,500 beserta sijil.