Tuesday, 26 October 2021

updated 11:41 AM UTC, Oct 26, 2021

Pusat Kecemerlangan 'Area 57' jadi pusat sehenti pengujian dron

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 16 September - Pusat Kecemerlangan 'Area 57' di Technology Park Malaysia, Kuala Lumpur dibangunkan sebagai Pusat Sehenti bagi perkhidmatan penyelidikan dan pengujian berkaitan teknologi dron untuk memberi manfaat kepada pengguna serta pengeluar dron.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata 'Area 57' seluas lima ekar itu, dilengkapi infrastruktur bersepadu.
Antaranya, landasan dron 100 meter, kawasan jaringan dron 300 meter persegi, tapak pengujian dron serta peralatan pembuatan.

Ujar Datuk Seri Dr Adham, perkembangan industri dron dijangka dapat meningkatkan peluang pekerjaan berkemahiran, sekali gus turut membantu pelbagai sektor industri untuk penjanaan pendapatan ekonomi.

Jelasnya lagi, kerjasama dengan pelbagai agensi akan terus dipergiat dalam usaha membangun dan mempermudahkan perkembangan industri dron.

Beliau ditemui selepas merasmikan Pra-Pelancaran Pusat Kecemerlangan Area 57 di Kuala Lumpur.