Sunday, 17 January 2021

updated 1:18 PM UTC, Jan 17, 2021

UTM dan MSDeaf bangunkan sistem amaran bahasa isyarat kepada OKU hadapi bencana seperti banjir

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 8 Januari - Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC) Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) komited untuk membangunkan sistem amaran bahasa isyarat kepada golongan orang kurang upaya (OKU).

Pengarah DPPC, Dr. Khamarrul Azahari Razak berkata, usaha bersama Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf) bertujuan memahamkan golongan ini mengenai amaran dan maklumat keselamatan ketika bencana seperti banjir.

Terdahulu, Pro-Naib Canselor Kampus UTM Kuala Lumpur, Prof. Dr Shamsul Sahibuddin melancarkan Misi Bantuan Bencana DPPC dan Misi Penilaian Rapid 2021 di ibu negara.

Misi akan menjelajah ke tujuh daerah di negeri Johor dan Pahang.

Antara agensi lain yang terlibat termasuk Agensi Pengurusan Bencana Nasional (NADMA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) dan I-Divers.

Misi berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 12 Januari.