Saturday, 23 January 2021

updated 4:03 AM UTC, Jan 23, 2021

Pasukan Petugas Ekonomi Digital komited percepat transformasi digital negara

  • Published in Teknologi

PUTRAJAYA, 2 Disember - Pasukan Petugas Ekonomi Digital (DETF) telah mengadakan mesyuarat kali ketiga untuk mempercepat transformasi digital negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM) Datuk Saifuddin Abdullah, dan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Khairy Jamaluddin, diadakan bagi menggulung segala usaha pemerkasaan ekonomi digital bagi memangkin pemulihan ekonomi negara.

Dalam kenyataan bersama, DETF akan meneruskan agenda nasional memacu ekonomi digital negara melalui pemerkasaan infrastruktur digital.

Ini termasuk menyokong pembangunan dan aplikasi teknologi baharu yang muncul seperti teknologi semikonduktor dan 'deep tech'.

DETF juga akan turut menggalakkan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) menggunakan platform digital kerajaan bagi meningkatkan peluang menyertai perolehan kerajaan.

Ini sekali gus memudahkan permohonan insentif dan bantuan yang disediakan untuk PKS.

Pemerkasaan transformasi digital itu diyakini dapat memacu perniagaan dan pertumbuhan ekonomi serta sumber manusia melalui ekosistem berdaya boleh.