Saturday, 23 January 2021

updated 8:52 AM UTC, Jan 23, 2021

Benih padi jenis SEBERNAS 307 bantu petani tingkat hasil pertanian

  • Published in Teknologi

SERDANG, 30 November - Semua kawasan jelapang padi dan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu menggunakan benih padi jenis SEBERNAS 307.

Ia diyakini mampu membantu petani meningkatkan hasil pertanian sekaligus dijadikan alternatif kepada varieti padi sedia ada.

Sembilan syarikat yang menghasilkan benih sah itu telah diluluskan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata demikian dalam sidang media Kemenangan MARDI dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa 2020.