Sunday, 17 January 2021

updated 1:37 PM UTC, Jan 17, 2021

'Internet of Thing' bantu kelangsungan benih ikan

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 30 November - Penggunaan teknologi baharu seperti 'Internet of Thing' (IOT) atau Internet Pelbagai Benda dijangka membantu meningkatkan kadar kelangsungan hidup benih ikan yang baru diternak.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi menjelaskan ia termasuk peralatan IOT yang dapat mengesan parameter air seperti tahap bacaan oksigen terlarut.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Wira Mohd. Anuar Mohd Tahir.

Mengulas lanjut penternak juga perlu menitik beratkan soal pengurusan ternakan ikan termasuk mendapatkan latihan di Pusat-Pusat Pengembangan Akuakultur bagi mempelajari teknik pembenihan ikan yang betul.