Sunday, 6 December 2020

updated 2:28 PM UTC, Dec 5, 2020

MYHackathon 2020 platform tambah baik penyampaian perkhidmatan kerajaan

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 17 November - Siri MYHackathon 2020, Digitalising Government Services pusingan Kuala Lumpur dengan tema 'Prihatin Rakyat' dilihat mampu melaksanakan penyelesaian digital yang kreatif, inovatif dan berkesan.

Ia dapat memperbaiki perkhidmatan awam kerajaan kepada rakyat.

Jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, MYHACKATHON 2020 pusingan Kuala Lumpur ini berupaya menggalakkan perkembangan idea dan meningkatkan kreativiti peserta selain melatih kemahiran pengurusan masa dan berkerja dibawah tekanan.

Sejak dilancarkan 3 Oktober lalu, 375 pasukan telah mengambil bahagian mentransfromasikan sistem penyampaian perkhidmatan awam sedia ada secara menyeluruh.

Tiga pemenang utama dibawah kategori Marathon MYHACKATHON 2020, Gokula Krishnan Subramaniam dengan projek Vircle Trusted Aid, diikuti dengan Beh Huey Ching dengan projek Malaysia National Digital Identity (MyID) dan Rashidee Mohd Rashid dengan projek MyOKU, Sistem Maklumat dan Pengurusan OKU.

Mereka menerima geran bersyarat sehingga RM250,000 untuk menjalankan projek penyelesaian rintis selama 12 bulan.