Saturday, 24 October 2020

updated 9:53 AM UTC, Oct 24, 2020

RUU Angkasa sedia dibentang

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR, 4 Oktober - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedia membentangkan Rang Undang-Undang Angkasa (RUU Angkasa) sebagai persediaan menghadapi perkembangan industri berkaitan.

Menurut Timbalan Menteri MOSTI Ahmad Amzad Hashim, RUU tersebut bakal memfokuskan perkara-perkara dasar, tatacara kawal selia aktiviti ruang angkasa negara, infrastruktur, kepakaran dan pembangunan sains dan teknologi.

Jelas Ahmad Amzad, kewujudan akta yang lebih khusus membolehkan penglibatan lebih besar membabitkan pelbagai sektor.

Beliau ditemui selepas merasmikan Program Minggu Angkasa Sedunia di Planetarium Negara, Kuala Lumpur dengan tema Satelit Memperbaiki Kehidupan.

Ia disambut pada 4 hingga 10 Oktober setiap tahun bagi memperingati dua peristiwa iaitu pelancaran satelit bumi pertama, SPUTNIK 1 dan Perjanjian Angkasa Lepas 1967.