Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 5:24 AM UTC, Nov 20, 2017

TLDM, TM Bekerjasama Perkukuh Aplikasi K3M

KUALA LUMPUR - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sedang bekerjasama dengan syarikat Telekom Malaysia (TM) bagi memperkukuh aplikasi K3M (kesedaran, keselamatan, komuniti maritim) dalam usaha mengurangkan kejadian jenayah di laut.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata ketika ini liputan aplikasi itu memerlukan akses Internet dan ia terhad sekiranya ada gangguan terhadap liputan di laut.

Aplikasi K3M memudahkan komuniti maritim meminta bantuan sekiranya berlaku situasi kecemasan dan memudahkan mereka melaporkan sebarang insiden dan aktiviti mencurigakan di perairan negara.

"TLDM bekerjasama dengan TM untuk menaik taraf komunikasi aplikasi itu menggunakan satelit supaya sebarang bantuan boleh sampai dalam masa singkat," katanya dalam sidang media di Markas TLDM, Wisma Pertahanan.

Kamarulzaman seterusnya berkata setakat ini dianggarkan lebih 4,000 komuniti maritim telah memuat turun aplikasi itu dan ia berita baik buat TLDM kerana ini menunjukkan ia mendapat sambutan baik sejak dilancarkan pada Mac lepas.

(Sumber - Bernama)