Sunday, January 19, 2020
updated 2:44 AM UTC, Jan 19, 2020

Inisiatif anak muda bantu wanita daripada menjadi mangsa jenayah

  • Published in Teknologi

KUALA LUMPUR - Bagi melindungi golongan wanita daripada menjadi mangsa jenayah, Mikhael Adam Jason Abdullah telah memperkenalkan sebuah alat yang boleh membantu mereka ketika berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Seperti semburan lada atau pepper spray, alat lebih dikenali sebagai Guardian Angel yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang lebih terperinci dan ia telah dikaji oleh Polis Diraja Malaysia, PDRM bagi penggunaannya.

Ia juga diiktiraf lebih selamat berbanding semburan lada dan taser yang menggunakan kejutan elektrik.

Mikhael yang juga Pengarah Urusan Stratco Osmania Defence Sdn Bhd, komited mahu membantu golongan wanita terutamanya yang terlibat dalam dunia perniagaan supaya sentiasa selamat dalam menjalankan rutin harian mereka melalui ASEAN Chamber of Commerce dan juga usahasama bersama Yayasan Ehsan Seputeh.

Jelas beliau, wanita memerlukan perlindungan dan mereka perlu mempertahankan diri mereka daripada menjadi mangsa.

Sehingga kini, alat tersebut sudah menerima tempahan yang banyak dari seluruh negara namun ia tertakluk kepada keperluan pembeli atas aspek keselamatan supaya ia tidak disalahgunakan.

Mikhael yang juga terlibat dalam banyak program kebajikan melibatkan golongan wanita teraniya, juga akan turut terlibat dalam pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2020, bagi mendedahkan kepada orang ramai berhubung Guardian Angel 3 berkenaan.

Alat berkenaan juga telah menerima reaksi positif daripada beberapa agensi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan juga Malaysian Auxiliary Police Association (Persatuan Polis Bantuan Malaysia) daripada aspek keperluan mempertahankan diri mereka.

Bagi mendapatkan informasi yang lebih lanjut, boleh menghubungi 018-2095194 atau 012-3119759.