Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Penyelidik, Pemain Industri Digesa Manfaatkan Khidmat Pakar Pemindahan Teknologi

KUALA LUMPUR - Penyelidik dan pemain industri digesa memanfaatkan khidmat nasihat dan kepakaran daripada pakar-pakar pemindahan teknologi bagi meningkatkan pencapaian pengkomersilan sesuatu produk.

Presiden Persatuan Pengurus-Pengurus Teknologi dan Inovasi (ITMA), Dr Samsilah Roslan berkata negara mempunyai banyak produk penyelidikan untuk dikomersialkan, bagaimanapun kerjasama daripada pihak terlibat adalah kurang.

"Kita sudah ada semua komponen (pemain industri, penyelidik, pemberi dana) bagaimanapun masalahnya mereka tidak tahu untuk bekerjasama dalam mendapat manfaat daripada penghasilan pemindahan teknologi itu.

"Sebab itulah kita wujudkan satu badan pakar pemindahan teknologi, ITMA yang boleh berkongsi mengenai bagaimana mereka boleh lakukan bersama berkaitan pengkomersilan, pembiayaan dana, usaha niaga teknologi dan proses inovasi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama pada majlis perasmian Seminar 'The Malaysia Commercialisation Year (MCY) @ National Innovation And Creative Economy (NICE) - Three Tracks to Tech Transfer' di sini.

(Sumber - Bernama)