Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Apple Berkerjasama Dengan Syarikat Steven Spielberg Dalam Pengembangan Produk Videonya

SAN FRANCISCO - Apple kini bekerjasama dengan pengarah terkenal, Steven Spielberg dalam mengembangkan produk kandungan asli dalam program TV.

Pembuat telefon pintar, iPhone akan mengidupkan semula siri antologi "Amazing Stories" dalam usaha untuk membina perkhidmatan langganan video dalam talian untuk mencabar rangkaian digital oleh Netflix, Amazon, Hulu dan HBO.

"Kami suka berada di hadapan dengan pelaburan Apple dalam penerbitan program TV yang berskrip, dan francais 'Amazing Stories' yang dikasihi oleh Spielberg," adalah antara terbaik, kata Presiden NBC Entertainment, Jennifer Salke dalam satu kenyataan. NBC Entertainment bekerjasama dengan Spielberg's Amblin Television dalam siri ini.

Apple enggan mengulas mengenai perjanjian itu. Wall Street Journal pertama kali melaporkan bahawa Apple telah memperoleh hak-hak terhadap siri ini.

Siri ini disiarkan di NBC dari 1985 hingga 1987 dan memenangi lima anugerah Emmy untuk campuran fiksyen sains dan episod saintifiknya, walaupun siri itu tidak pernah menjadi hit besar dalam penarafan.

Apple merancang untuk membelanjakan kira-kira US$1 bilion pada program TV yang asli pada tahun depan dalam usaha untuk menjanakan lebih banyak pendapatan kepada bahagian perkhidmatannya yang pesat berkembang.

Syarikat Cupertino, California, sudah menawarkan dua siri video menerusi perkhidmatan streaming Apple Music, “Planet of the Apps” dan "Carpool Karaoke," tetapi rancangan tersebut tidak banyak membuat buzz.

(Sumber - AP)