Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Ekspo NICE 2017 Tampilkan Malaysia Menjelang 2050

KUALA LUMPUR  - Ekspo Ekonomi Kreatif dan Inovasi Kebangsaan 2017 (NICE 2017), sebuah pameran sains, teknologi dan inovasi terbesar di Malaysia akan berlangsung dari 12 hingga 16 Okt di Taman Teknologi Malaysia, Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Wilfred Madius Tangau berkata NICE 2017 adalah platform untuk mencapai aspirasi negara ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi dan maju yang digerakkan melalui inovasi menjelang 2050.

"NICE 2017 juga bertujuan untuk mempromosi inovasi serta ekonomi kreatif, dan untuk meningkatkan keseluruhan daya saing Malaysia dalam bidang sains, teknologi dan inovasi agar kekal relevan bagi menghadapi cabaran sosioekonomi," katanya dalam satu kenyataan.

Tangau berkata semua rakyat Malaysia, pemimpin industri serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) disarankan mengambil peluang mengunjungi NICE 2017, dan melihat sendiri keupayaan masa depan di negara ini.

Antara program menarik sepanjang ekspo berkenaan adalah Pameran Fiksyen Sains KL, Kediaman Pintar dan Perkampungan Animasi, katanya.

(Sumber -Bernama)