Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 7:20 AM UTC, Oct 17, 2017

Pengodaman Pada Tahun 2013 Jejaskan Kesemua 3 Bilion Akuan Di Yahoo

WASHINGTON - Aktiviti pengodaman pada tahun 2013 menjejaskan kesemua tiga bilion akaun di Yahoo, tiga kali ganda anggaran dari asal, syarikat induk kepada Yahoo itu berkata berikutan analisis baru kejadian itu.

Pendedahan dari Verizon, yang memperoleh aset dalam talian Yahoo pada awal tahun ini, telah kaji semula anggaran awal yang mana satu bilion akaun yang terjejas.

Kenyataan itu berkata anggaran itu berdasarkan kepada "risikan baru" berikutan penyiasatan dengan bantuan pakar forensik dari luar kepada insiden godam pada bulan Ogos 2013.

"Walaupun ini bukan isu keselamatan baharu, Yahoo menghantar notis e-mel ke akaun pengguna tambahan yang terjejas," kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh unit internet Verizon yang dikenali sebagai "Oath".

"Siasatan menunjukkan bahawa maklumat akaun pengguna yang dicuri tidak termasuk kata laluan dalam teks yang jelas, data kad pembayaran, atau maklumat akaun bank. Syarikat terus bekerja sama dengan penguatkuasaan undang-undang."

Pelanggaran data terhadap Yahoo dipercayai menjadi yang kes terbesar dari segi bilangan pengguna yang terlibat. Tetapi pelanggaran baru yang didedahkan oleh agensi kredit, Equifax dilihat sebagai kes yang berpotensi lebih merosakkan kerana data yang sensitif telah bocor.

(Sumber - AFP)

-