Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Apple Lancarkan iPhone Baharu, iPhone X, IPhone 8 Dan iPhone 8 Plus

CUPERTINO, California - Apple melancarkan iPhone baharu, iPhone X, telefon pintar terkini dan yang paling mahal.

Dengan harga bermula pada US $999 dan datang dengan pelbagai ciri-ciri baru, telefon akan menjadi ujian besar untuk syarikat Apple dan pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Tim Cook dalam majlis perlancarannya di Steve Job Theater, berkata bahawa iPhone X adalah satu "lonjakan ke hadapan" sejak iPhone pertama. ("X" disebut seperti nombor 10, bukan huruf X.)

Ia tiada butang, menawarkan skrin tepi ke tepi dan akan menggunakan pengenalan muka untuk membuka telefon.

Apple juga melancarkan iPhone 8 dan 8 Plus yang baharu dengan peningkatan kepada kamera, paparan dan pembesar suara.

Kedua-dua versi iPhone 8 akan membolehkan pengecasan tanpa wayar, ciri yang ditawarkan dalam banyak telefon Android.

 

 

 

Selain dari itu. Apple juga lancarkan Jam Tangan pintar terbaharu "Model Siri 3 yang mempunyai perkhidmatan selular terbina dalam. Nombor pada telefon anda akan sama dengan iPhone anda. 

(Sumber - AP)