Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Jadikan Rakyat OIC Celik Sains, Teknologi Dan Inovasi - Datuk Seri Madius

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menjadikan rakyat mereka celik sains, teknologi dan inovasi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Madius Tangau berkata, kerajaan negara berkenaan perlu melakukan peralihan paradigma dan menyandang kewajipan lebih besar untuk membolehkan sistem eko dibina.

Ketika berucap pada Sidang Kemuncak OIC Pertama mengenai Sains dan Teknologi di Astana, Kazakhstan, beliau mengulangi hasrat Malaysia, supaya pemahaman jelas diberikan mengenai keperluan untuk mengurangkan sepenuhnya jurang saintifik dan teknologi antara umat Islam dengan negara-negara maju.

 

Sumber : BERNAMA