Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Peserta Hackathon Data Terbuka 2017 Mula Saingan 48 Jam

CYBERJAYA - Sebanyak 53 kumpulan yang dibentuk oleh 176 peserta memulakan saingan ‘hackathon’ (acara membangunkan program komputer) selama 48 jam bermula tengah hari ini bagi merebut hadiah wang tunai berjumlah RM60,500 menerusi Program Hackathon Data Terbuka 2017.

Bertempat di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), program sehingga Rabu itu memberi ruang kepada peserta membangunkan aplikasi atau produk data dengan menggunakan data terbuka yang boleh diperoleh daripada portal data.gov.my yang kini menyediakan 2,303 data.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Joseph Entulu Belaun berkata program dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kategori sektor awam selama 48 jam, kategori industri dan university awam dan swasta (48 jam) dan kategori pelajar sekolah menengah (30 jam).

Program Hackathon merupakan satu inisiatif kerajaan untuk menggalakkan pembangunan aplikasi dan produk data yang kreatif dan berinovatif bagi meningkatkan perkhidmatan kerajaan, menjana ekonomi dan kesejahteraan rakyat, katanya.

 

Sumber : BERNAMA