Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

MCMC Sekat Permainan Video 'Fight Of Gods'

PUTRAJAYA  - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengarahkan pihak penyedia perkhidmatan internet untuk mengambil tindakan menyekat laman sesawang yang menjadi platform pengedaran digital permainan video 'Fight of Gods' yang dilihat mengaibkan kesucian agama serta keharmonian antara kaum di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata tindakan tersebut diambil selepas pihak penyedia platform permainan video itu, Steam gagal mematuhi tempoh 24 jam yang diberikan untuk menghalang permainan video tersebut daripada dimuat turun oleh pengguna di Malaysia.

"Tindakan yang dilaksanakan ini adalah perlu bagi melindungi pengguna selain memastikan tidak berlakunya kejadian yang tidak diingini.

"Perpaduan, keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini merupakan matlamat utama kerajaan, sebarang perilaku yang menggugat matlamat ini tidak akan dikompromi sama sekali oleh kerajaan,"katanya dalam satu kenyataan.

(Sumber - Bernama)