Tuesday, September 26, 2017
vital-top
updated 3:17 AM UTC, Sep 26, 2017

Semua Portal Dalam Talian Tertakluk Akta 588

KUALA BERANG  - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata akta khusus telah lama diperkenalkan bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online.

Beliau berkata Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di internet seperti Seksyen 211, (larangan terhadap pemberian kandungan jelik) dan Seksyen 233 (bagi penggunaan tidak wajar kemudahan dan perkhidmatan rangkaian).

"Apa sahaja kesalahan di alam maya adalah kesalahan di alam nyata jadi pengamal media dalam talian atau netizen harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuat naik di portal mereka.

"Bezakan kandungan yang mengkritik dan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu supaya tidak dikenakan tindakan kelak,"katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu.

(Sumber - Bernama)