Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Pembantu Suara Pintar, Alexa Dan Cortana Akan Berkomunikasi Antara Satu Sama Lain Dalam Perjanjian Amazon Dan Microsoft

BOSTON - Pembantu suara, Alexa dari Amazon, berjumpa dengan pembantu suara Cortana, dari Microsoft.

Kedua-dua syarikat mengumumkan satu kerjasama dalam menghubungkan pembantu suara pintar mereka semalam.

Pengumuman itu mengatakan bahawa pada musim gugur ini, pengguna akan dapat mengakses Alexa dengan menggunakan Cortana pada komputer Windows 10 atau pada peranti Android dan Apple. Mereka juga akan dapat mengakses Cortana pada peranti berkemampuan Alexa seperti Amazon Echo.

Microsoft berkata gabungan akan membolehkan pelanggan Alexa mendapatkan akses ciri-ciri Cortana seperti buat tempahan untuk mesyuarat atau mengakses kalendar kerja.

Pengguna Cortana, pula boleh meminta Alexa untuk menghidupkan peranti pintar peralatan rumah atau membeli-belah di laman web Amazon.

Penggunaan melalui pembantu suara pintar semakin berkembang.

Google dan Amazon sudah mempunyai pembantu suara pintar di pasaran. Apple mempunyai HomePod yang akan dijual dipasaran dengan pembantu suara Sirinya, manakala Samsung sedang merancang satu dengan Microsoft Cortana.

(Sumber - AP)