Monday, November 20, 2017
vital-top
updated 3:10 PM UTC, Nov 20, 2017

Arab Saudi Sedia Platform Digital Ikuti Ibadah Haji

KUALA LUMPUR  - Kementerian Kebudayaan dan Maklumat (MOCI) Arab Saudi melancarkan dua platform digital bagi memudahkan umat Islam di seluruh dunia mendapatkan maklumat serta mengikuti perkembangan terkini ibadah haji tahun ini.

Kementerian itu dalam kenyataannya hari ini berkata dua platform digital itu boleh diakses menerusi laman websaudiwelcomestheworld.org dan www.hajj2017.org.

SaudiWelcomesTheWorld.org merupakan portal bagi menyampaikan mesej kasih sayang dan perpaduan kepada umat Islam di seluruh dunia dan menerusi portal ini, jemaah berkongsi perjalanan ibadah haji mereka, secara tidak langsung membolehkan dunia mempelajari dan mengetahui nilai-nilai murni agama Islam.

"Portal www.Hajj2017.org pula membolehkan maklumat, perkembangan dan berita-berita terkini tentang Haji 2017 diakses. Menerusi portal ini, wartawan boleh mengakses dan memuat turun bahan media seperti gambar, infografik dan siaran akhbar," kata kenyataan itu.

Portal www.hajj2017.org juga akan menjadi saluran rasmi bagi siaran langsung pelaksanaan ibadah haji.

(Sumber -Bernama)