Monday, December 16, 2019
updated 4:59 AM UTC, Dec 16, 2019

Malaysia-Korea Selatan meterai MoU mengenai bidang ICT

  • Published in Teknologi

KOREA SELATAN - Kerajaan Malaysia dan Korea Selatan berganding bahu bagi meningkatkan arena Teknologi Maklumat dan Komunikasi dua hala.

Ia dibuat menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan Kementerian Sains dan ICT Republik Korea.

MoU berkenaan merupakan usahasama jangka masa panjang bagi memenuhi peranan dan fungsi kedua-kedua negara dalam aspek pertukaran dan perkongsian inisiatif ICT yang mendatangkan pendapatan.

Perkembangan pesat industri ICT di negara itu memberi tambah nilai untuk pertukaran teknologi tinggi selain meningkatkan peluang pelaburan.

Persefahaman itu akan menumpukan bidang berinovasi antaranya kecerdasan buatan (AI), data raya (big data) internet benda, rangkaian telekomunikasi 4G dan 5G serta keselamatan siber.

MoU ICT itu ditandangani Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dan Menteri Sains dan ICT Korea Selatan, Choi Kiyoung.

Hadir sama, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dokter Mahathir Mohamad dan Presiden Korea Selatan , Moon Jae-In.