Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

MOSTI Tingkat Minat Pelajar Sabah Dalam Sains, Matematik

TUARAN  - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menerusi agensinya Yayasan Inovasi Malaysia telah mengambil langkah proaktif meningkatkan minat pelajar Sabah khususnya di daerah ini terhadap sains dan matematik melalui medium pembelajaran berasaskan robotik.

Projek dikenali sebagai MSI16805 - Aplikasi Robotik Minimalis: Peningkatan Minat dan Pencapaian Murid terhadap Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik (Steam) yang turut menerapkan Kemahiran Abad Ke-21 dalam kalangan pelajar itu telah dijalankan selama enam bulan mulai April lepas.

Seramai 100 orang pelajar dari 10 buah sekolah rendah dan sekolah menengah di daerah ini mengambil bahagian dalam projek yang julung kali diadakan di Sabah.

Berucap merasmikan majlis penutupan program, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata program seumpama itu berupaya memupuk minat mendalam terhadap mata pelajaran sains dan matematik sekali gus membudayakan inovasi serta kreativiti dalam kalangan pelajar.

"Usaha memupuk minta mendalam ini penting sebagai usaha melahirkan lebih ramai bakat sains, teknologi dan inovasi (STI) negara. Kumpulan bakat STI negara masih tidak begitu besar kerana masih kurang pelajar mengambil aliran sains dan matematik," katanya.

(Sumber - Bernama)