Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Facebook Umumkan Landasan 'Watch' Dengan Video Langsung Dan Rancangan Eksklusif

MENLO PARK - Facebook mengumumkan langkah pertama dalam saluran video digital dengan pelancaran landasan "Watch" akan datang, satu perkhidmatan baharu yang menyediakan akses pelbagai video kepada pengguna untuk kandungan video secara langsung atau berepisod.

Tersedia untuk gajet mudah alih, desktop dan streaming TV, "Watch" akan menampilkan persembahan kandungan video dari syarikat penerbitan yang ditubuhkan, video dari laman web popular dan program video yang dibiayai oleh Facebook, kata syarikat itu.

Seperti perkhidmatan penstriman video yang lain, ciri Watch akan dikawal dengan menggunakan bentuk apa yang Facebook memanggilnya,"Watchlist"(senarai pantau).

Diatursusun kepada citarasa pengguna tertentu, "Watchlist"(senarai pantau) akan meningkatkan penemuan video yang akan menunjukkan apa rakan lain Facebook atau komuniti sedang menonton.

Perkhidmatanakan "Watch" akan melihat keluaran terhad pada rantau Amerika Syarikat dan akan meluas ke rantau lain pada beberapa minggu akan datang.

(Sumber - Laman "Facebook Newsroom")