Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Apple Dilaporkan Akan Lancarkan Jam Tangan Pintar Yang Membuat Panggilan

NEW YORK - Syarikat Apple sedang merancang untuk melancarkan satu versi jam tangan pintar yang boleh menyambung terus ke rangkaian selular menurut satu laporan di laman Bloomberg yang memetik sumber orang-orang yang biasa dengan perkara itu.

Dilaporakn bahawa beberapa model baharu ¨Apple Watch¨ akan dilengkapi dengan ¨cip LTE¨ dan ia akan dapat melakukan banyak tugasan tanpa perlunya iPhone dalam jarak, menurut laporan Bloomberg itu.

Buat ketika ini, jam tangan pintar Apple perlu disambungkan ke iPhone untuk menghantar mesej, mendapatkan arah dari peta dan muzik.

Syarikat Apple itu sudah berunding dengan syarikat penerbangan di Amerika Syarikat dan Eropah mengenai tawaran versi baharu jam tangan pintar Apple, kata laporan itu.

(Sumber - Bloomberg, bloom.bg/2ff0K5P)