Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Usahawan Digesa Guna Sebaik Mungkin Pusat Internet 1Malaysia

KUALA NERANG  - Usahawan desa di negara ini digesa menggunakan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) dalam mentransformasikan produk keluaran tempatan seiring dengan perkembangan teknologi maklumat yang kian pesat ketika ini.

Ketua Sektor Digital dan Ekosistem Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus berkata, sebelum ini tahap capaian adalah rendah, namun ia telah berkembang melebihi 78 peratus dan ia adalah sesuatu yang baik untuk mentransformasikan pasaran sekali gus meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar.

"Pada 2007, kita hanya mengajar cara membuka laman web dan aplikasi di dalam komputer kepada pelajar dan penduduk di kawasan pedalaman, namun keadaan telah berubah di mana ramai telah celik internet dan transformasi pemasaran produk dibuat dengan lebih berkesan," katanya kepada pemberita pada program 'Lawatan Media; Menarik di Padang Terap:," di Kuala Nerang.

Katanya, sehingga kini sebanyak 820 Pi1M telah beroperasi di seluruh Malaysia dengan keahlian penggunanya mencecah 550,000 orang.

(Sumber - Bernama)