Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

Apple Tamatkan Ipod Nano Dan Ipod Shuffle

SAN FRANCISCO - Gajet muzik, iPod Nano dan iPod Shuffle telah memainkan nota terakhir untuk Apple.

Syarikat itu menghentikan jualan dua gajet pemain muzik dalam satu langkah yang mencerminkan bahawa dua gajet muzik itu semakin merosot berbanding dengan era kini yang mana ramai orang menyimpan atau mendengar  lagu mereka daripada telefon pintar.

Walau bagaimanapun, produk iPod masih tetap hidup, Apple merancang untuk terus menjual iPod Touch yang dihubungkan dengan internet.

Dalam menunjukkan komitmennya terhadap iPod Touch, Apple menggandakan kapasiti storan model teratasnya kepada 128 gigabait. Versi itu berharga $ 300. iPod Touch dengan 32 gigabait storan dijual seharga $ 200.

Nano dan Shuffle keluar pada tahun 2005 sebagai alternatif yang lebih murah dan lebih kecil untuk iPod yang standard.

Apple telah lama meramalkan permintaan iPod akan beransur-ansur menurun apabila lebih ramai orang membeli iPhone atau telefon pintar lain yang mampu bermain muzik.

(Sumber - AP)