Tuesday, October 17, 2017
vital-top
updated 1:27 AM UTC, Oct 17, 2017

Aplikasi Dalam Talian Galak Belia Sumbang Idea Sistem Pentadbiran Tanah

KUALA LUMPUR - Penggunaan aplikasi dalam talian mampu menggalakkan golongan muda menyumbang idea dan pandangan berkaitan sistem pentadbiran tanah, sekali gus menjadikannya lebih cekap dan menjimatkan kos operasi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata aplikasi berkenaan selaras dengan kemajuan pesat teknologi maklumat dan komunikasi yang memberi perubahan besar dalam pentadbiran tanah.

"Keperluan sistem elektronik perlu disesuaikan dengan realiti semasa pengurusan dan pentadbiran tanah.

Ia juga dalam usaha menjayakan Transformasi Nasional 2050 yang ingin kita capai, pendekatan yang dilaksanakan adalah melalui kaedah 'bottom-up' (bawah ke atas) yang mengumpul input, pandangan serta maklum balas daripada rakyat khususnya golongan belia, katanya semasa berucap pada jamuan makan malam sempena Persidangan Pentadbir Tanah ke-23.

Persidangan tahunan itu bertindak sebagai platform perbincangan pembaharuan yang dilaksanakan serta penambahbaikan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan urusan pentadbiran tanah di negara ini.

(Sumber - Bernama)