Saturday, August 19, 2017
vital-top
updated 3:02 AM UTC, Aug 19, 2017

RM308 Juta Biaya 2.2 Juta Set Dekoder Percuma

KUALA LUMPUR  - Kerajaan memperuntuk RM308 juta bagi menyediakan 2.2 juta set dekoder percuma kepada golongan berpendapatan rendah untuk menikmati perkhidmatan televisyen terestial digital (DTT) myFreeview.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia, sebanyak dua juta dekoder lagi akan dibiayai MYTV Broadcasting Sdn Bhd (MYTV), iaitu syarikat yang dilantik untuk mengendalikan infrastruktur dan kemudahan rangkaian DTT dengan anggaran peruntukan RM280 juta.

Ia menjawab pertanyaan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu peruntukan yang diberikan kepada MYTV untuk mengedarkan 4.2 juta dekoder kepada penerima BR1M.

Pada 6 Jun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 4.2 juta dekoder percuma kepada mereka yang layak termasuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi membolehkan pengguna menikmati Siaran Digital myFreeview percuma tanpa yuran bulanan.

(Sumber - Bernama)