Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

Ramai Rakyat Malaysia Beli Tiket Bas Ekspres Menerusi Aplikasi "Catchthatbus"

PUTRAJAYA  - Lebih 85 peratus rakyat Malaysia terutamanya wanita, kini memilih untuk membeli tiket bas ekspres secara dalam talian menerusi aplikasi "CatchThatBus", menurut pengasas bersama dan ketua pegawai operasinya Ashwin Jeyapalasingam.

Beliau berkata laman web itu yang boleh dimuat turun menerusi Google Play, App Store dan Window Store secara percuma, paling popular dalam kalangan pengguna wanita, berumur antara 18 dan 25 tahun, yang memilih untuk merancang perjalanan mereka lebih awal dan memilih tempat duduk menerusi aplikasi itu atas faktor keselamatan.

Ketika ditemui, Ashwin berkata tiga tahun lepas, 95 peratus tiket bas dijual kepada pengguna yang beratur di kaunter stesen-stesen bas, tetapi kini hanya kira-kira 70 peratus tiket masih dijual di kaunter.

(Sumber - Bernama)