Logo

COVID-19: Planetarium Negara ditutup sementara


 

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sementara kepada orang ramai, mulai hari ini.

Tindakan dilakukan susulan penularan wabak COVID-19 itu diumumkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, menerusi akaun Facebooknya.

Jelas Khairy, penutupan kedua-dua lokasi itu akan dilakukan sehingga suatu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.