Logo

Pembinaan sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar dibangunkan selepas tertangguh beberapa tahun

JOHOR BAHRU, 14 Mac - Selepas tertangguh beberapa tahun, akhirnya pembinaan Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar di Bandar Baru Permas Jaya, Johor, akan bermula Isnin ini.

Dengan kos kira-kira RM6.3 juta, pembinaan sekolah berkenaan akan dibangunkan dalam tiga fasa.

Penaungnya, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata, projek pembinaan sekolah tersebut merupakan usaha murni hasil sumbangan yang dijadikan wakaf, khusus untuk mereka mendalami ilmu al-quran.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Sekolah Tahfiz Al-Quran Al-Ansar di Johor Bahru.

Pembinaan sekolah itu nanti dilihat mampu menyemarakkan syiar Islam selain menjadikan generasi hari ini celik Al-Quran.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.