Friday, December 13, 2019
updated 1:38 PM UTC, Dec 13, 2019

5G: Pacu utama hubungan rakyat serta ubah industri utama bersaing di global

  • Published in Teknologi

PUTRAJAYA - Teknologi 5G akan menjadi pemacu utama yang menghubungkan semua rakyat serta mengubah industri utama seperti pembuatan, pertanian dan penjagaan kesihatan supaya Malaysia dapat terus berdaya saing di peringkat global.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kerjasama antara pemain global dan vendor tempatan diperkukuhkan bagi membina ekosistem teknologi yang berkembang maju di negara ini.

Tun Dr Mahathir berkata impak teknologi canggih di dalam melonjakkan kemajuan negara adalah jelas.

Malaysia tidak mahu ketinggalan dalam era Industri 4.0 ketika ini.

Tun Dr. Mahathir menyaksikan memorandum perjanjian antara Maxis dan Huawei berhubung capaian rangkaian 5G di negara ini di Putrajaya.

Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Perjanjian yang ditandatangani tersebut bertujuan menyediakan inovasi 5G yang unggul dan memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi di negara ini.

Maxis diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Gokhan Ogut.

Manakala Huawei diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Michael Yuan.

Dalam pada itu, Perdana Menteri melahirkan rasa puas hati apabila Maxis dan Huawei memanfaatkan persekitaran tersebut dan menyokong pertumbuhan ekonomi digital negara.