Logo

COVID-19; Itali dikenakan perintah berkurung

ROME, 11 Mac - Itali kini di bawah perintah berkurung berkuat kuasa sehingga bulan hadapan.

Larangan perjalanan di seluruh Itali telah dikeluarkan apabila jumlah penduduk yang dijangkiti meningkat kepada 9,172 orang dengan 463 kematian.

Pengumuman dibuat oleh Perdana Menteri, Giuseppe Conte.

Ia dilakukan dalam usaha mengatasi wabak COVID-19 yanhg semakin merebak.

Seramai 60 juta penduduk Itali hanya boleh keluar untuk bekerja, tujuan perubatan atau kecemasan sehingga 3 April depan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.