Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

RAKUTEN DAN KENANGAN, LANCAR PLATFORM DAGANGAN ISPEED.MY

KUALA LUMPUR - Firma broker ekuiti dalam talian sepenuhnya, Rakuten Trade Sdn Bhd beroptimis menguasai 30 peratus pasaran pelabur runcit, dalam tempoh 3 tahun akan datang.

Ia didorong peningkatan pelabur celik internet di Malaysia, serta kemudahan perdagangan saham secara dalam talian menerusi platformnya, iSPEED.my.

Platform dalam talian sepenuhnya yang pertama seumpamanya di Malaysia itu, merupakan hasil usahasama di antara Kenanga Investment Bank Bhd dan firma Jepun, Rakuten Securities Inc., melibatkan pelaburan bernilai 30 juta ringgit.

Beliau bercakap kepada media selepas pelancaran iSPEED.my yang disempurnakan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Lee Chee Leong.

Platform ini juga membolehkan rakyat Malaysia membuka akaun dagangan ekuiti sepenuhnya secara dalam talian, dengan yuran broker serendah 7 ringgit.

(Sumber - Dalet Beritartm)