Friday, May 26, 2017
vital-top
updated 3:42 PM UTC, May 26, 2017

150 Produk Bernilai RM155 Juta Di Bawah MOSTI Berjaya Dikomersialkan

KUALA LUMPUR  - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berjaya mengkomersialkan 150 produk berinovasi yang dihasilkan oleh rakyat tempatan bernilai RM155 juta pada tahun lepas, menepati sasaran yang ditetapkan bagi tahun 2016.

Menterinya, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pencapaian baik itu membuktikan inovasi rakyat Malaysia mampu berganjak lebih jauh bagi mencapai tahap terbaik.

"Rakyat Malaysia sangat inovatif dan mereka hanya perlu lihat kepada pemasaran secara global," katanya pada program Tahun Pengkomersilan Malaysia 2.0 (MYC2.0) Bantuan Ekosistem di Taman Teknologi Malaysia.

Menurutnya antara produk yang berjaya dikomersialkan ialah basikal elektrik, pengesan glukosa untuk aplikasi bioperubatan dan juga sistem perlindungan data.

Menerusi dana MOSTI di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10), sebanyak RM628.26 juta diperuntukkan bagi membiayai 1,732 projek di bawah segmen sains, teknologi dan inovasi.

(Sumber -Bernama)