Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

"RANSOMEWARE" – HANYA 2 LAPORAN DALAM NEGARA

PUTRAJAYA - Orang ramai diminta supaya tidak panik dengan ancaman serangan ''Ransomware - WannaCry'' yang melanda seluruh dunia kerana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan ruang siber negara terlindung daripada sebarang serangan siber.

Setakat ini, CyberSecurity Malaysia hanya menerima dua laporan insiden jangkitan "Ransomware -  WannaCry," iaitu melibatkan institusi pendidikan dan organisasi swasta.

Pengguna dinasihatkan agar sentiasa berwaspada ketika menggunakan laman sesawang terutama apabila menekan sebarang pautan di media sosial.

Pautan tersebut termasuk imej atau video di Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter atau aplikasi lain.

Jelas beliau, jangkitan virus tersebut kebanyakannya berpunca dari aplikasi berkenaan serta kealpaan pengguna internet.

Semua organisasi di bawah Infrastruktur Maklumat Kritikal Negara (CNII) diminta terus memperkukuh sistem pertahanan siber bagi melindungi rangkaian komputer masing-masing.

CNII juga diingatkan menaik-taraf sistem komputer dengan perisian terkini serta 'patch' keselamatan bagi melindunginya daripada diserang virus.

Datuk Seri Madius menyatakannya pada sidang media khas di Putrajaya.

Mereka yang mempunyai masalah berkaitan virus Ransomware diminta tampil membuat laporan agar Cybersecurity Malaysia dapat mengekang daripada terus merebak.

Pengguna turut dinasihat supaya tidak membayar sebarang wang tebusan bagi mendapatkan balik fail yang hilang akibat virus berkenaan.

(Sumber - Dalet Beritartm)