Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

SKMM: ANCANGAN SERANGAN RANSOMWARE 'WANNACRY', ORANG RAMAI DINASIHAT JANGAN CEMAS

KANGAR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia, KKMM menasihatkan orang ramai tidak cemas dengan penularan pelbagai maklumat berkaitan ancaman serangan siber Ransomware ''Wannacry'' yang sedang berlaku di seluruh dunia. 

Sehubungan itu, mengenai dakwaan kononnya mesin ATM akan ditutup dua hingga tiga hari akibat serangan siber itu,  Timbalan Menteri KKMM Datuk Jailani Johari berkata, kementerian tidak menerima sebarang laporan daripada individu atau kumpulan yang menjadi mangsa ancaman siber itu.

Bagaimanapun, Datuk Jailani menasihati orang ramai meningkatkan ciri keselamatan di komputer masing-masing dengan memasang antivirus dan tidak tidak membuka apa-apa pautan yang mencurigakan serta sentiasa membuat salinan data secara berjadual.
Beliau ditemui selepas menghadiri Program Asean@YoungFingertips 2017di Dataran Denai Larian, Kangar Perlis.
Majlis disempurnakan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.


(Sumber :Dalet Beritartm)