Friday, May 26, 2017
vital-top
updated 3:42 PM UTC, May 26, 2017

Tiada Serangan Perisian Tebusan Di Malaysia - MCMC

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berkata tiada serangan perisian tebusan dilaporkan di Malaysia, walaupun serangan siber dilaporkan berlaku di hampir 100 negara.

"MCMC terus memantau keadaan itu bersama-sama agensi penguatkuasaan lain," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, MCMC menasihati rakyat Malaysia supaya segera mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengemaskinikan perisian masing-masing dengan jujukan (patch) terkini untuk memastikan semua hos membolehkan penggunaan penyelesaian antiperisian hasad serta segera menyalin data penting kepada pemacu keras luaran atau perkhidmatan penstroran awan, sekiranya mereka belum berbuat demikian.

(Sumber - Bernama)