Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Beberapa Negara Di Serang Dengan Peras Ugut Siber Yang Besar

NEW YORK- Beberapa negara telah dilanda dengan serangan peras ugut siber yang besar yang mengurungkan komputer dan menahan fail pengguna untuk peras ugut untuk wang di pelbagai hospital, syarikat-syarikat dan agensi kerajaan.

Ia dipercayai serangan yang terbesar seumpamanya pernah dicatatkan.

Perisian yang berniat jahat di sebalik serangan itu muncul untuk mengeksploitasi kelemahan dalam sistem operasi Microsoft Windows yang sebelum ini dikenalpasti oleh Agensi Keselamatan Negara Amerika Syarikat untuk tujuan risikan dan kemudian itu, telah bocor ke internet.

Perkhidmatan kesihatan kebangsaan Britain telah diserang dan jadi mangsa, hospital itu terpaksa menutup wad dan bilik kecemasan dan henti pengambilan pesakit.

Rusia pun kena di serang, menurut pakar-pakar keselamatan, dengan Kementerian Dalam Negeri negara yang mengesahkan bahawa serangan siber itu telah melandanya

Komputer yang telah dijangkiti dengan apa yang dikenali sebagai "ransomware" - perisian yang membeku mesin komputer dan memancarkan mesej menuntut pembayaran wang tebusan untuk melepaskan data pengguna.

Di Amerika Syarikat, FedEx melaporkan bahawa komputernya dengan sistem operasi Windows telah "mengalami gangguan" dari malware, tetapi tidak akan berkata-olah ia telah dilanda ransomware.

Mikko Hypponen, ketua pegawai penyelidikan di syarikat keselamatan siber yang berpangkalan di Helsinki F-Secure, memanggil serangan  iini "serangan ransomware terbesar dalam sejarah."

Pakar keselamatan berkata serangan itu muncul disebabkan oleh sekeping perisian yang akan mereplikasi sendiri yang memasuki syarikat dan organisasi apabila pekerjanya klik pada lampiran e-mel, kemudian merebak dengan cepat secara dalaman dari komputer ke komputer apabila pekerja berkongsi dokumen atau fail lain.

Tuntutan wang tebusan akan bermula pada US$300 dan meningkat selepas dua jam untuk US$400, US$500 dan kemudian US$600, kata Kurt Baumgartner, seorang penyelidik keselamatan di Kaspersky Lab.

Pengguna yang terjejas boleh memulihkan fail mereka daripada fail yang telah ¨back up¨, jika mereka mempunyainya, atau membayar wang tebusan; jika tidak, mereka menghadapi risiko kehilangan data mereka sepenuhnya.

(Sumber - AP)