Sunday, December 16, 2018
vital-top
updated 11:42 AM UTC, Oct 16, 2018

Peluang Penyelidik Wakili Negara Ke Berlin

  • Published in Teknologi

SUNGAI PETANI - Pertandingan inovasi 'Falling Walls Lab' yang bakal berlangsung di Universiti Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) Ogos ini memberi peluang kepada penyelidik tempatan untuk mewakili negara ke pertandingan sama pada peringkat antarabangsa di Berlin, Jerman.

Naib Canselor Universiti AIMST, Profesor Emeritus Dr Harcharan Singh Sidhu berkata selaku tuan rumah, pihaknya mengalu-alukan penyertaan daripada seramai mungkin penyelidik tempatan bagi mencari hasil inovasi terbaik untuk mewakili negara.

Pertandingan itu menyediakan landasan terbaik kepada saintis dan penyelidik tempatan bagi mengetengahkan hasil penyelidikan serta produk yang mereka hasilkan.

Justeru, para saintis dan penyelidik sama ada dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA), agensi kerajaan mahupun swasta, adalah dipelawa menyertai pertandingan ini.

Menurutnya Falling Walls Lab dijadual berlangsung pada 18 Ogos ini namun pendaftaran penyertaan perlu dibuat sebelum 20 Julai dengan melayari laman sesawang www.falling-walls.com/lab.

 

((BERNAMA))