Friday, June 23, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Jun 23, 2017

Pembantu Suara, "Google Home" Kini Boleh Mengenalpasti Pelbagai Suara

SAN FRANCISCO  - Pembantu suara, "Google Home" kini boleh mengenali pelbagai suara ketika sesiapa yang bercakap kepada speaker "Google Home".

Kemas kini kepada perisiannya yang dikeluarkan semalam membolehkan pembantu suara itu mengenalpasti pelbagai suara yang berlainan sehingga enam suara orang yang berlainan, walaupun mereka tidak boleh bercakap dengan speaker yang disambung pada internet pada masa yang sama.

Keupayaan untuk membezakan suara akan membolehkan "Google Home" menjadi lebih peribadi dalam beberapa maklum balasnya, bergantung kepada suara mana yang mencetuskan kepada pembantu suara itu dengan ungkapan, "OK Google" atau "Hey Google."

Sebagai contoh, apabila "Google Home" sudah mengenalpasti suara pengguna bernama Joe, pembantu itu akan dapat memberitahu kepadanya apakah keadaan trafik untuk memudahkan perjalanan beliau, senarai acara pada kalendar hariannya atau memainkan lagu-lagu kegemarannya secara automatik. Kemudian pengguna lain yang bernama Jane boleh mendapatkan maklumat yang sama dari rumah, tetapi disesuaikan untuk dia.

(Sumber - AP)