Sunday, 29 November 2020

updated 2:27 PM UTC, Nov 29, 2020

Kedah negeri kedua selepas Pulau Pinang, sedia kemudahan perpustakaan digital

  • Published in Teknologi

ALOR SETAR, 3 Feb - Kedah muncul negeri kedua selepas Pulau Pinang dalam penyediaan kemudahan perpustakaan awam digital kepada rakyat.

Perpustakaan Digital Kedah akan beroperasi Oktober tahun ini bagi memudahkan orang ramai mengakses bahan bacaan dalam talian.

Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah, Datuk Isahak Murat berkata, 'Kedah Digital Library' merupakan satu pencapaian yang memberi manfaat kepada masyarakat.

"Melihat kepada keperluan, kita nak bergerak ke arah ekonomi digital, masyarakat kita perlu dilatih dibuka peluang ke arah itu. Jadi, melalui Kedah Digital Library ini kerajaan negeri berharap masyarakat daripada keluarga kurang berada dapat akses kepada dunia digital," katanya kepada media.

Perpustakaan Digital Kedah berkonsepkan perpustakaan di dalam taman, menggunakan bangunan lama yang diubah suai di Taman Jubli Perak, Alor Setar.