Thursday, May 24, 2018
vital-top
updated 1:31 PM UTC, May 24, 2018

Perpustakaan Digital Bakal Dibina Di Bagan Datuk

  • Published in Teknologi

Foto: BERNAMA

BAGAN DATUK - Sebuah perpustakaan digital akan dibina berhampiran Waterfront Bagan Datuk yang dijangka siap sepenuhnya pada 2019.

Inisiatif Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) itu dijangka melibatkan kos sebanyak RM5.4 juta dan merupakan 1 daripada elemen dalam kluster pendidikan Bagan Datuk serta pembangunan Transformasi Nasional 2050 (TN50).

Pembinaan perpustakaan digital berkeluasan 557.4 meter persegi itu melibatkan reka bentuk bangunan ikonik yang melambangkan intelektual, moden dan futuristik dengan menekankan kaedah Rumah Hijau yang menepati Green Building Index (GBI).

Majlis pecah tanah Perpustakaan Digital Bagan Datuk itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku penyandang kerusi Bagan Datuk.

Turut hadir Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dan Ketua Pengarah PNM Datuk Nafisah Ahmad.

((BERNAMA))