Thursday, August 16, 2018
vital-top
updated 8:36 AM UTC, Aug 2, 2018

Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran Teknologi - Datuk Seri Fadillah

  • Published in Teknologi

KUCHING -  Para pelajar perlu menguasai teknologi terkini untuk menghadapi persaingan sengit yang muncul dalam bentuk Revolusi Industri 4.0 yang sedang hebat melanda serata dunia.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ini  kerana bagi kalangan yang menguasai ilmu pengetahuan serta kemahiran teknologi, mereka akan menjadi kelompok yang lebih berdaya saing, aset penting kepada pembangunan negara.

Beliau berkata persaingan di masa hadapan akan menjadi lebih sengit dan sekiranya generasi muda terutamanya kalangan para pelajar tidak menguasai teknologi sebaik mungkin, mereka akan ketinggalan dan negara menanggung akibatnya.

Beliau yang juga penyandang kerusi Parlimen Petra Jaya berkata demikian semasa berucap pada Program 'School Attack' di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semerah Padi di  Kuching, Sarawak 

((BERNAMA))