Sunday, June 24, 2018
vital-top
updated 3:34 PM UTC, Jun 24, 2018

Aplikasi E-hailing MYCAR Dilancar

  • Published in Teknologi

PETALING JAYA  - Warga Lembah Klang kini ditawarkan dengan satu lagi kemudahan perkhidmatan " e-hailing " terbaharu menerusi pelancaran aplikasi "MyCar" hari ini.

" MyCar "  yang dibangunkan oleh Platform Apps Sdn Bhd bertujuan untuk seimbangkan industri  "e-hailing\' di Malaysia selain menyediakan platform kepada pemandu untuk menjana pendapatan.

Pengasasnya, Mohd Noah Maideen berkata aplikasi yang memulakan operasi sejak 1 Februari lalu turut memberi pilihan kepada bekas pemandu \'Uber\' selepas perkhidmatan itu bergabung dengan  "Grab " pada 26 Mac lalu.

Aplikasi itu  dapat membantu pemandu-pemandu untuk mendapat akses kepada permintaan pengguna dalam pasaran e-hailing yang semakin meningkat dan seterusnya menjana pendapatan yang lebih.

Selain itu, ia juga turut seimbangkan industri e-hailing di Malaysia dan seterusnya mewujudkan persaingan sihat dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Petaling Jaya.

Katanya setakat ini terdapat kira-kira 57,000 pemandu berdaftar dengan aplikasi berkenaan sejak ia beroperasi pada Februari lalu.

Katanya daripada jumlah itu, 10 peratus daripadanya adalah pemandu wanita.

Mohd Noah berkata sambutan yang diterima juga amat memberangsangkan apabila sejak dua bulan aplikasi ini beroperasi, sudah 5,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini.

Sama seperti kemudahan perkhidmatan " e-hailing " lain,  " MyCar " kini boleh dimuat turun di mana-mana telefon pintar secara percuma.

Katanya aplikasi itu juga akan dilengkapi dengan butang SOS sebagai langkah keselamatan tambahan kepada penumpang dan pemandu sekiranya merasakan keselamatan mereka terancam.

Katanya pihaknya turut menjalankan proses pendaftaran pemandu sama seperti aplikasi \'e-hailing\' yang lain dengan berpandukan kepada garis panduan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) seperti menyediakan dokumen pengenalan diri, geran kereta dan tiada rekod jenayah.

((BERNAMA))